Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang tunjukkan JDT jalan keluar

Pahang tunjukkan JDT jalan keluar

Pahang berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) melalui penentuan sepakan penalti selepas permainan selama 90 minit tamat dengan keputusan 1-1 pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur malam tadi. Khairul Azhan sekali lagi menjadi penyelamat pasukan Pahang apabila berjaya mengagalkan dua sepakan penalti oleh Luciano Figueroa dan Junior Eldstal seterusnya membawa Pahang ke pusingan ketiga Piala FA.

Pahang seperti biasa meneruskan formasi 4-4-2 dan menurunkan  kesemua pemain import manakala Fauzi Roslan diletakkan di sebelah sayap kanan. Norazam dilihat bergandingan dengan Hafiz Kamal di bahagian tengah dan merehatkan Azidan Sarudin.

Gol Pahang dijaringkan oleh Matias Conti pada minit ke 20′ melalui tandukan selepas menerima baik umpanan Dickson Nwakaeme di sebelah kanan pintu gol JDT. Dua pertukaran pemain dilakukan pada separuh masa pertama oleh JDT apabila memasukkan Junior Eldstal dan Nazrin Nawi. Separuh masa pertama, Pahang 1-0 JDT.

Bersambung babak kedua perlawanan, permainan dilihat seimbang apabila kedua-dua pasukan saling membuat asakan untuk menghasilkan gol. JDT menggunakan pertukaran terakhir apabila memasukkan Luciano Figueroa dan mengeluarkan Mahali Jasuli. Pahang turut membuat pertukaran apabila menggantikan Fauzi dengan Azidan Sarudin. Gol penyamaan JDT hadir pada minit ke 80′ oleh Hariss Harun untuk mengheret perlawanan sehingga ke masa tambahan selepas tamat 90 minit permainan. Gol berpunca hasil sepakan sudut di sebelah kiri pintu gol Pahang yang menyaksikan Hariss Harun tenang merembat menewaskan Khairul Azhan.

IMG-20150302-WA0051

Masa tambahan

Pahang mengeluarkan Norazam dan memasukkan Rizua Shafiqi untuk menambah kesegaran corak serangan Pahang. Walaupun kedua-dua  pasukan saling mengasak untuk mencari gol kemenangan namun ternyata pertahanan  kedua-dua pasukan begitu ampuh seterusnya menyaksikan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti. Khairul Azhan berjaya menepis dua sepakan penalti yang menyaksikan Pahang berjaya mara dengan keputusan 4-2 melalui sepakan penalti.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top