Khairul Azhan yang kelihatan tenang, menyelamatkan ten­dangan Luciano Figueroa dan Junior Eldstal, sekali gus membawa Pahang dalam aksi pertemuan pusingan ketiga menentang MISC-MIFA.

Jurulatih penjaga gol pasukan Pahang, Muadzar Muhammad ketika di temui nyata gembira dengan aksi anak didiknya itu. Apabila perlawanan berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti, beliau meramalkan Khairul Azhan mampu mengatasi tekanan dan beraksi dengan baik dalam penentuan sepakan penalti kali ini berdasarkan pengalamannya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim lepas dengan lawan yang sama. Ketika itu, Khairul Azhan menyelamatkan sepakan penalti Norshahrul Idlan Talaha bagi membantu Pahang mempertahankan Piala Malaysia dengan kemenangan 5-3 selepas terikat 2-2 sebelum itu.

Kredit Foto : Bayu Alam (GAWANG.MY)