Anda di sini
Laman Utama > Berita > Azam, Saarvindran perkuatkan skuad sukan SEA 2015

Azam, Saarvindran perkuatkan skuad sukan SEA 2015

Dua pemain Pahang, Nor Azam Azih dan D.Saarvindran menjadi antara calon pilihan Dato’ Ong Kim Swee, Ketua Jurulatih Skuad Bolasepak Sukan SEA 2015 yang bakal berlangsung di Singapura pada 5 hingga 16 Jun nanti. Norazam yang kini bersama skuad Liga Super Pahang akan diberi peluang mengemudi bahagian tengah skuad itu jika terus menunjukkan peningkatan dalam permainannya di Liga Super.

Ong Kim swee b23

D.Saarvindran yang sedang mengalami kecederaan juga menjadi pilihan berikutan semakin pulih dan dijangka tiada masalah untuk beraksi. Pengalaman beliau bersama skuad Harimau Muda A semasa di Australia akan ditagih oleh DOKS semasa di Singapura nanti.

Sebagai persediaan, FAM telah merancang beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 23 tahun seperti Thailand, Korea Utara, Australia dan China. Tarikh dan Lokasi masih dalam perbincangan dan akan diumumkan oleh FAM kelak.

Berikut adalah senarai pelatih pemain Skuad Bawah 23 Malaysia untuk ke Sukan SEA 2015:

  1. Mohd Farhan (Kedah)
  2. Firdaus Muhamad (Kedah)
  3. Syazwan Tajuddin (Kedah)
  4. Syafiq Ahmad (Kedah)
  5. Hanif Mat Dzahir (Kedah)
  6. Norhakim Isa (Perak)
  7. Hafiz Ramdan (Perak)
  8. Fikri Sudin (Perak)
  9. Hamizul Izaidi (Perak)
  10. Raffi Nagoorgani (Perak)
  11. Syahrul Azwari (Harimau Muda B)
  12. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B)
  13. Farhan Abu Bakar (Harimau Muda B)
  14. Shahrul Saad (Harimau Muda B)
  15. Amir Saidin (JDT)
  16. Fandi Othman (JDT)
  17. Shafiq Shaharudin (JDT 2)
  18. Akram Mahinan (JDT 2)
  19. Che Rashid Halim (JDT 2)
  20. Fazly Mazlan (JDT 2)
  21. Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
  22. Sharin Sapien (Terengganu)
  23. Nazmi Faiz Mansor (Selangor)
  24. D.Saarvindran (Pahang)
  25. Nor Azam Azih (Pahang)
  26. Yatim Abdullah (N.Sembilan)
  27. Arip Amiruddin (PKNS FC)
  28. Arif Fadzillah Abu Bakar (T-Team FC)
  29. Ferris Danial Mat Nasir (Kelantan)
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top