Anda di sini
Laman Utama > Berita > Dua wakil Pahang gagal ke pusingan ke-3

Dua wakil Pahang gagal ke pusingan ke-3

Masih tiada wakil Pahang yang berjaya layak ke pusingan ketiga Piala FA 2015 apabila dua pasukan Kuantan FA dan Shahzan Muda yang beraksi pada petang tadi tewas pada lawan masing-masing. Ini bermakna hanya tinggal Pahang yang akan menentang JDT I pada Isnin ini sebagai wakil tunggal seandainya berjaya memenangi perlawanan yang akan dijangka menjadi ‘battle of the year’ nanti.

Kuantan FA yang beraksi menentang SPA FC tewas dengan jaringan 0-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya petang tadi. Beraksi tanpa kehadiran dua pemain import Milan Purovic yang cedera dan Tarik Al Janaby yang pulang ke negaranya untuk melawat bapanya yang sakit, Kuantan FA gagal beraksi dengan baik walaupun berjaya mengekang pasukan tuan rumah untuk mengikat kedudukan tanpa jaringan pada  separuh masa. Kesemua gol SPA FC dijaringkan oleh pemain import tuan rumah Ijezie Michael Chukwubunna pada minit ke 57, 64 dan 80.

Sementara itu, di Stadium Darulmakmur, Shahzan Muda tidak dapat menyaingi skuad Liga Super Perak apabila tewas 1-3 petang tadi. Perak yang turun dengan barisan kedua masih bukan tandingan kepada pasukan Shahzan Muda yang akan beraksi pada Liga FAM pada tahun ini. Anak buah M kharatu yang menguasai penuh perlawanan memperolehi gol melalui pemain import Korea Woong Nam Kung (2 gol) dan Marko Tulio. Manakala gol tunggal Shahzan Muda dijaringkan oleh Sukri Jaafar pada minit ke 28.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top