Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > “The Sweet Victory” musim 2015!

“The Sweet Victory” musim 2015!

11009094_10153587782543906_6168527289250868281_n

Penampilan semula selepas beberapa tahun tidak beraksi untuk saingan di pentas Asia ternyata menyuntik keghairahan dan keazaman jitu untuk memperoleh sekurang-kurangnya satu mata bagi menghadirkan nada serius untuk kempen kali ini. Turun dengan jersi khas sempena saingan ini,Pahang dilihat cukup bersedia membawa nama Malaysia amnya dan negeri Pahang khususnya di mata pemerhati bolasepak Asia.

Pahang seperti biasa mengekalkan formasi 4-4-2, menurunkan kesemua pemain import dan meletakkan Azidan Sarudin dan Fauzi Roslan dibahagian sayap seperti formasi pada perlawanan  terakhir menentang Sarawak. Kemasukan semula Hafiz Kamal berganding dengan Norazam dibahagian tengah jelas menunjukkan penguasan dibahagian tengah permainan. Skuad Tok Gajah melaungkan amaran awal seawal minit ke 2′ apabila Nwakaeme yang diberikan ruang,berjaya membuat rembatan, namun tersasar disebelah kanan gawang pasukan tuan rumah. Gol pertama di pentas Asia musim ini akhirnya tercipta pada minit ke 6′ oleh Nwakaeme apabila mudah menewaskan penjaga gol Yadanarbon. Gol berpunca hasil gerakan Norazam dan Conti sebelum penjaga gol tuan rumah gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya seterusnya membolehkan Nwakaeme menolak masuk ke gawang. Tersentak dengan gol awal, Yadanarbon memperkemaskan asakan dan memberi ancaman ke kubu Pahang 2 minit berturut iaitu pada minit  ke 7′ dan 8′ permainan, namun crucial tackle oleh Stewart menyelamatkan pintu gol Pahang. Gol kedua Pahang dihasilkan sekali lagi oleh Nwakaeme yang tenang mengelecek 3 pertahanan Yadanarbon sebelum merembat ke sebelah kanan gawang pasukan tuan rumah.

Dibolosi dengan 2 gol,tuan rumah jelas bangkit dan menggandakan asakan. Buktinya,pada minit ke 33′,mereka hampir memecah kebuntuan,namun rembatan Nanda Lin Kyaw Chit berjaya diselamatkan Khairul Azhan. Minit ke 37′ sekali lagi mereka mengancam kubu Pahang, namun rembatan Zin Min Tun berjaya dipatahkan Zesh Rehman. Gol pertama Yadanarbon akhirnya tercipta pada minit ke 41′ selepas Stewart tertampan bola rembatan pemain tuan rumah (Zin Min Tun) yang menyaksikan  permainan berkesudahan dengan Pahang mendahului tuan rumah 1-2 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua perlawanan menyajikan lebih drama apabila pada minit ke 55′, Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Razman Roslan dikenakan kad merah akibat terjahan keras ke atas pemain lawan dalam kotak penalti seterusnya menghadiahkan sepakan penalti buat Yadanarbon. Djedje Djawa berjaya menyempurnakan sepakan penalti seterusnya memadam kelebihan gol Pahang. Kekurangan seorang pemain menyaksikan sedikit perubahan taktikal dilakukan Zainal Abidin dengan memasukkan Shahrizan Salleh dan terpaksa mengeluarkan Fauzi bagi mengimbangi serangan lawan. Perubahan ini juga menyaksikan, Saiful Nizam kembali ke posisi asal berganding dengan Stewart di barisan tengah pertahanan. Minit 72,Yadabarbon sepatutnya dihadapan namun, Djawa kali ini gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Saiful Nizam menjatuhkan pemain lawan dalam kawasan penalti Pahang.

Tertekan dengan ancaman yang bertali arus,Pahang mengunakan pertukaran terakhir dengan memasukkan pemain bernombor 25, Rizua Shafiqi bagi menambah kesegaran corak serangan Pahang. Akhirnya, kemenangan pertama musim ini berjaya dicipta apabila Gopinananthan (masuk separuh masa kedua) berjaya menyudahkan hantaran Hafiz Kamal yang dilihat berkerja keras mengasak pertahanan lawan di penjuru kanan gawang Yadanarbon.

Kesimpulan

Kemenangan pertama berjaya dicipta seterusnya menyuntik semangat para pemain agar terus menemui rentak sebenar. Penglibatan Norazam selama 90 minit dilihat banyak membantu pasukan dalam merencana serangan. The “Initiator” baru skuad Tok Gajah ini banyak initiate serangan. Buktinya selain terlibat dalam gerakan gol pertama Pahang, pada minit ke 17′, beliau berjaya membuat hantaran berkualiti mencari Hafiz Kamal disebelah kiri,namun hantaran silang Hafiz gagal menemui Conti. Begitu juga penglibatan pemain muda Pahang, Rizua Shafiqi sedikit sebanyak menghidupkan serangan yang sedikit tenggelam terutamanya pada lewat permainan. Buktinya,pada minit 89′, beliau berjaya melepaskan diri dari kawalan seterusnya membuat hantaran cut back, namun Gopi gagal menterjemahkan kepada jaringan. Corak permainan route one football sekali lagi membuahkan hasil apabila gol kedua Nwakaeme berpunca dari flick header Conti yang diumpan jauh oleh Khairul Azhan. Set pieces terutamanya sepakan sudut kali ini dilihat  banyak dihantar secara terus berbanding far post dan beberapa kali mengancam gawang Yadanarbon terutamanya tandukan Stewart yang terkena palang gol lewat separuh masa pertama.

Secara keseluruhannya, ini bukanlah persembahan terbaik Pahang. Kelebihan untuk settle down awal sememangnya tindakan yang baik,namun pemain dituntut untuk tidak berasa terlalu selesa dan sebaliknya terus kekal fokus selama 90 minit permainan. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan yang bertungkus lumus untuk mencatatkan kemenangan sulung (kali terakhir tahun 2005) dan lebih-lebih lagi bermain di gelanggang lawan.

Syabas dan tahniah!

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top