Anda di sini
Laman Utama > Berita > Taklimat keselamatan oleh PDRM

Taklimat keselamatan oleh PDRM

Bertempat di bilik mesyuarat Teratai Blok C Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 24hb Febuari 2015 jam 2.30 petang, satu taklimat keselamatan dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abd Aziz Salleh, wakil-wakil dari jabatan keselamatan polis, wakil dari PBNP dan wakil dari kelab-kelab penyokong Pahang telah berlangsung.

Berikut adalah intipati taklimat buat panduan kepada penyokong kedua-dua pasukan :

  • Pihak Polis melarang keras penggunaan suar, bom asap  dan mercun di dalam stadium. Pihak keselamatan tidak teragak-agak untuk menangkap dan mendakwa pelaku yang degil jika masih berlaku.
  • Selain suar, senjata tajam dan peralatan yang boleh dijadikan sebagai bahan yang mendatangkan kecederaan turut dilarang. Pihak polis dan keselamatan stadium akan memperketatkan kawalan bagi mengawal kemasukkan barang tersebut.
  • Untuk musim ini penggunaan panji dan tiang bendera mendapat kelulusan FAM untuk dibawa masuk ke stadium. Namun hanya tiang yang tidak keras dan tidak tajam sahaja yang dibenarkan. Bendera negeri, bendera persatuan serta yang berlogokan kelab yang boleh digunakan. Bendera politik, mempunyai iklan yang tidak kena mengena dengan perlawanan serta berunsurkan provokasi tidak dibenarkan.
  • Botol air mineral dan yang mempunyai air batu yang kasar turut dilarang tetapi bagi yang membawa botol air minuman sendiri dari rumah boleh dipertimbangkan untuk dibawa masuk.
  • Pintu stadium akan mula dibuka pada jam 5.30 petang. Penyokong dinasihatkan untuk masuk ke stadium lalui pintu yang tertera pada tiket masing-masing.
  • Bas yang membawa penyokong pelawat sahaja dibenarkan meletakkan bas mereka di bahagian parking utama iaitu berhadapan dengan pintu masuk utama stadium. Bagi yang berkenderaan sendiri tiada lokasi khusus yang diperuntukkan.

Pihak polis juga meminta penyokong kedua-dua pasukan tidak membuat provokasi melampau yang boleh mencetuskan apa-apa ketegangan antara kedua-dua pihak. Ikut arahan dan nasihat dari pihak polis agar keselamatan kedua-dua pihak terjamin semasa perlawanan berlangsung.

 

 

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: