Anda di sini
Laman Utama > Berita > Skuad Futsal Pahang – Liga Futsal Kebangsaan FELDA/FAM 2015

Skuad Futsal Pahang – Liga Futsal Kebangsaan FELDA/FAM 2015

Selepas dua musim berturut-turut tewas di peringkat separuh akhir, skuad futsal lelaki Pahang kini bersiap sedia menghadapi musim baru Liga Futsal Kebangsaan FELDA/FAM 2015. Dibarisi rata-ratanya pemain muda, skuad kendalian Coach Yazid ini perlu menghadapi saingan sengit juara bertahan KL Felda United dan Selangor MPSJ untuk melakukan kejutan pada musim ini.

IMG-20150226-WA0001
Skuad Pahang kendalian Coach Yazid melakukan persiapan terakhir di Dewan Tertutup Sukpa sebelum berangkat ke Shah Alam hari ini.

Liga Futsal Kebangsaan 2015 bakal tampil dengan format liga 1 kumpulan, dan melibatkan dua pusingan.Setiap pasukan akan melalui 22 perlawanan liga untuk merebut slot ke pusingan Grand Final. Perlawanan bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, KSL Gombak, Kedah, Melaka dan Sabah.

Dua perlawanan awal untuk pasukan Pahang hujung minggu ini adalah bertemu Kedah pada hari Jumaat dan Sabah Quilmess pada hari Ahad. Kesemua perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam.

Jadual perlawanan hujung minggu ini seperti berikut :

1. Pahang vs Kedah | 27 Feb 2015 | Jam 9.30 pagi

2. Sabah Quilmess vs Pahang | 1 Mac 2015 | 2.00 petang

Ayuh penyokong Pahang di Lembah Klang, kita gegarkan Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam. Semoga Pahang cemerlang di Liga Futsal Kebangsaan 2015.   Nantikan update dari kami untuk keputusan perlawanan dan sedikit review tentang pasukan.

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin
Top
%d bloggers like this: