Anda di sini
Laman Utama > Berita > Gajah Muda tersungkur di gelanggang sendiri

Gajah Muda tersungkur di gelanggang sendiri

Masih gagal lagi untuk mengutip mata kemenangan. Itulah yang boleh dikatakan untuk skuad Bawah 21 Piala Presiden Pahang bila tewas 0-2 menentang Perak di Stadium Mini UMP Pahang petang semalam. Pahang bermula dengan baik pada awal-awal perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya dihadapan pintu gol Perak namun dinafikan oleh pertahanan dan penjaga gol mereka. Perak turut melancarkan beberapa serangan balas tetapi kubu pertahanan Pahang cukup utuh untuk ditembusi.

3 Pre vs Perak

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehinggalah minit ke 39 apabila Perak berjaya memecah kebuntuan dengan menjaringan gol pertama melalui Ahmad Khairil Anuar yang menanfaatkan peluang kelam kabut di hadapan pintu  gol Pahang. Separuh masa kedua memperlihatkan jentera pertahanan Pahang mula longgar dan Perak mula kerap membuat beberapa serangan yang kadang-kadang mencemaskan penyokong tuan rumah. Pada minit ke 60 Perak berjaya menambah satu lagi jaringan hasil rembatan oleh pemain berjersi no 13, Deevan Raj A/l Siva Balan.

2 Pre vs Perak

1 Pre vs Perak

Aksi Pahang semakin lemah dengan asakan bertali arus dari Perak yang mengambil kesempatan atas kelonggaran  pertahanan Pahang pada minit-minit terakhir perlawanan. Pahang yang ketinggalan gigih mencari gol hingga saat terakhir yang diterajui ketua pasukan Mohd Faizal Mohd Rani namun kecemerlangan penjaga gol Perak menafikan jaringan dari Pahang.

Perlawanan berkesudahan dengan Perak membawa pulang 3 mata dan Pahang masih lagi kempunan utk mendapatkan kemenangan sulung pada musim ini. Pahang kini menduduki tangga kedua terakhir dalam kumpulan A dengan 1 mata setelah hanya memperolehi 1 keputusan seri dan 2 kekalahan. Perlawanan seterus adalah menentang JDT II di tempat lawan pada 4 Mac 2015.

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: