Anda di sini
Laman Utama > Berita > Skuad Presiden intai kemenangan pertama

Skuad Presiden intai kemenangan pertama

Setelah seminggu berehat, skuad Piala Presiden Pahang akan kembali beraksi dalam perlawanan kumpulan A Piala Presiden 2015 pada petang ini. Skuad bawah 21 Pahang ini akan menentang pasukan Perak dalam perlawanan ketiga mereka di peringkat kumpulan yang akan berlangsung di Stadium Mini Universiti Malaysia Pahang, Gambang.

Masih belum memperolehi kemenangan setelah tewas 1-2 pada perlawanan pertama menentang Perlis dan membuat ‘comeback’ di Kuching untuk mengikat Sarawak 4-4, perlawanan ini akan menjadi medan terbaik untuk skuad muda memperolehi kemengan pertama.

Menurut Penolong Jurulatih Mohd Fahim Kow Abdullah, kemenangan adalah sasaran utama petang ini. “Peluang untuk kedua-dua pasukan seimbang. Perak bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah setelah mereka berjaya memperolehi satu kemenangan dan satu seri pada perlawanan sebelum ini. Tapi kami percaya pada kekuatan kami dan Ketua Jurulatih Azaruddin Aziz ada ramuan untuk menjinakkan Perak”.

Penyerang Piala Presiden, Mohd Faizal Mohd Rani menjadi sandaran utama untuk merobek gawang Perak setelah berjaya menjaringkan 5 gol walaupun pertandingan baru masuk untuk perlawanan ke-3. Beliau yang menjaringkan 4 gol menentang Sarawak dijangka akan menjadi perhatian oleh pertahanan Perak.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: