Anda di sini
Laman Utama > Admin > Pahang mulai cabaran Piala AFC dengan kemenangan

Pahang mulai cabaran Piala AFC dengan kemenangan

Pasukan Pahang terpaksa berhempas pulas sebelum melakar kemenangan dalam perlawanan pembukaan kumpulan G Piala AFC petang tadi selepas membenam Yadanarbon FC di Stadium Mandalarthiri, Mandalay dengan jaringan 3-2. Namun kemenangan ini terpaksa di bayar dengan harga yang mahal apabila pemain pertahanan mereka, Razman Roslan menerima kad merah pada minit ke 56 dan bakal terlepas 2 aksi perlawanan berikutnya akibat penggantungan.

Pahang bermula garang apabila pemain import, Dickson Nwakaeme meledakkan dua gol awal pada minit ke 6 dan 13. Permainan pada 20 minit pertama di kuasai oleh barisan serangan pasukan Pahang  sambil Yadanarbon sesekali melancarkan serangan balas. Walaupun ketinggalan dengan dua gol awal, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya menyerap tekanan dan perlahan-lahan kembali menguasai perlawanan. Usaha mereka akhirnya berhasil pada minit ke 41, selepas pemain pertahanan Pahang, Damion Stewart tertampan bola ke gawang sendiri.

Permulaan babak kedua, Pahang membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Gopinathan bagi menggantikan Azidan untuk memperkuatkan barisan serangan. Ketinggalan satu gol, pasukan tuan rumah menggandakan asakan dan usaha mereka akhirnya berhasil apabila mendapat sepakan penalty selepas pemain Pahang, Razman membuat satu terjahan keras seterusnya di layangkan kad merah yang mengakibatkan Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain. Penyerang Yadanarbon, Djawa dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Yadanarbon sekali lagi mendapat sepakan penalti selepas itu namun kali ini Djawa menyepak tinggi sekaligus melepaskan peluang keemasan mereka untuk mendahului. Walaupun kekurangan seorang pemain, Pahang berjaya menyerap asakan pasukan tuan rumah dan sesekali berjaya membuat gerakan-gerakan menarik namun berjaya di pintas oleh pertahanan Yadanarbon.  Perlawanan seolah-olah berkesudahan dengan seri 2-2 namun akhirnya Pahang berjaya mencuri gol kemenangan melalui Gopinathan di minit-minit akhir perlawanan dengan membuat satu ‘placing’ cantik ke sebelah kiri penjuru gawang Yadanarbon.

Yadanarbon FC 2 – Pahang 3.

Mezzo Fauzi
IT specialist who is using 'football' hardware, software and its operating system in bringing a clear picture of Pahang's football.

Leave a Reply

Top