Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Matchday#1 – AFC Cup 2015

Matchday#1 – AFC Cup 2015

25 Feb 2015 menyaksikan satu lagi sejarah bakal tercipta apabila Pahang  akan berdepan ujian getir kali ini di saingan pentas Asia. Berada dalam kumpulan G, Pahang akan berkunjung ke Mandalay, Myanmar untuk menentang juara Myanmar National League musim lalu, Yadanarbon FC. Pasukan ini terlepas untuk beraksi di saingan AFC Champions  League  (ACL) apabila tewas pada saingan play-off ditangan Warriors FC (Singapura) menerusi penentuan sepakan penalti. Kegagalan melepasi saingan kelayakan ini menyaksikan pasukan ini diletakkan dalam kumpulan G untuk saingan Piala AFC musim 2015.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai pasukan ini kerana ini baru melibatkan pertemuan pertama buat kedua-dua buah pasukan dan aksi pertama saingan kumpulan ini. Berada ditangga kelima selepas 6 perlawanan di saingan liga domestik setakat musim ini dengan mencatatkan 3 kemenangan, satu kali seri dan 2 kekalahan dan mengumpul 10 mata. Ternyata pasukan ini mempunyai keazaman yang membara untuk bangkit dan membuktikan sesuatu selepas tewas 2 kali berturut-turut aksi sebelum ini di liga domestik.

Diperkuatkan dengan kehadiran 4 pemain import (2 strikers,1 midfielder dan 1 defender) yang mana 3 daripadanya adalah dari negara Afrika,

Yadanarbon dilihat mampu memberi ancaman buat Pahang lebih-lebih lagi mempunyai  kelebihan beraksi digelanggang sendiri.

Buat pasukan Pahang,kemenangan pertama musim ini amatlah ditagih selepas aksi sebelum ini merekodkan satu kali tewas dan 2 kali seri pada saingan domestik. Mampukah Pahang mencatatkan kemenangan pertama musim ini seterusnya mencipta kejutan di saingan peringkat Asia? Segalanya akan terjawab Rabu ini.

AYUH Tokgajahku!…… kita cipta nama di pentas ASIA.

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

2 thoughts on “Matchday#1 – AFC Cup 2015

  1. salam..cuma nk bg cadangan je…kalau boleh TGC cuba la letak video highlight setiap game pahang samaada away ataupun home..bukan apa seperti sedia maklum astro arena dah tak dpt hak siaran liga M so hrp la ada kn highlight..dan bg koi yg dok klang valey ssh gak nk turun SDM tgk..hrp yg ada main area klang valey je la…cadangan saje…wassalam..

Leave a Reply

Top