Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kulit Gajah Terlalu Liat untuk Bujang Senang

Kulit Gajah Terlalu Liat untuk Bujang Senang

Oleh : Acid Folic

Suasana perlawanan pada sebelah malam sudah dapat dirasai sejak jam 5 petang. Jalanraya di bandar Kuching menghala ke stadium keramat Sarawak di penuhi dengan lautan kenderaan yang di pandu oleh mereka-mereka yang berbaju merah hitam. Terasa janggal bila mana hanya berseorangan berbaju kuning dengan lambang persatuan bola sepak Pahang di dada.

Jam 7 malam stadium sudah penuh sesak dengan penyokong Sarawak. Kelibat penyokong Pahang nyata tidak dapat dilihat. Mungkin ada di antara mereka yang mengambil langkah selamat dengan hanya mengenakan baju biasa daripada memilih jersi Pahang atau apa-apa baju yang melambangkan negeri Pahang. Pemain hanya turun untuk melakukan sesi regangan dan pemanasan badan pada jam 8 malam. Kehangatan semakin dirasai bila chant dari ultras GB13 dan pukulan gendang dari penyokong bola sepak Sarawak mula bergema.

image

Rutin biasa bagi selepas tamat sesi warm up kedua-dua pasukan, akan keluarlah maskot negeri Sarawak, 2 ekor buaya darat yang akan mengelilingi stadium. Kadang-kadang kalau GB13 melayan. Memang siap berjoget buaya ni. Cukup menghiburkan hati penonton yang datang. Tepat jam 8:45 malam, dimulakan dengan perarakan bendera negeri Sarawak dan Pahang serta banner fair play dan love football stop hooliganism. Di belakangnya pemain kedua-dua pasukan masuk ke padang.

Permainan separuh masa pertama dimulakan dengan sepak mula dari Pahang, tetapi tidak lama menguasai bola, Sarawak mudah memintas gerakan Pahang untuk mengusai permainan bermula dari minit kedua. Berdasarkan kepada barisan kesebelasan utama Pahang yang turun tanpa 3 tonggak utama Azamuddin Akil, R.Gopinathan, dan Hafiz Kamal, nyata sedikit mengganggu rentak permainan pasukan pahang yang biasa nya menumpukan kepada kelajuan Alex dan Gopi. Kemasukan pemain muda Pahang, Norazam Azith ternyata memberikan satu pengalaman berguna buat diri nya apabila diberikan tugas mengawal jentera tengah Pahang bersama Zesh Rehman yang cenderung kepada pemain tengah bertahan. Fauzi Roslan dan Azidan yang ditugaskan bermain di bahagian sayap kiri dan kanan Pahang sedikit tenggelam pada separuh masa pertama. Tiada gerakan yang direncanakan oleh dua pemain ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Sarawak menguasai penuh permainan dan Pahang hanya sesekali melakukan serangan balas. Sarawak bermula garang di hadapan hampir 19 ribu penyokong setia mereka. Beberapa gerakan awal mereka mengundang resah dikubu pertahanan Pahang yang di ketuai oleh kapten pasukan yang kembali bergandingan dengan Stewart di bahagian pertahanan tengah dan dibantu oleh Saifulnizam dan Shahrizan di bahagian kanan dan kiri.

Kehilangan Shahrol Saperi dibahagian tengah Sarawak akibat kecederaan memaksa Robert Albert memasukan Shareen Tambi sebagai ganti. Shareen bermain dengan baik, beberapa gerakan dari Shareen nampak berjaya mengucar kacirkan benteng pertahanan Pahang dan ada juga peluang keemasan yang tersia-sia. Itu boleh dirumuskan kerana kurang pengalaman dan nyata Shareen Tambi, nama yang perlu dingati dalam game ini. Seorang pemain yang bakal menjadi prospek masa depan Sarawak di masa hadapan. Cubaan Pahang di separuh masa pertama hadir menerusi Kojie dan 3 tandukan dari Conti tetapi gagal membuahkan hasil. Permainan agak tegang pada separuh masa pertama, bermula dari terjahan keras Dzulazlan ke atas Dickson, disusuli aksi keras dari Zesh Rehman dan Billy Mehmet, Stewart serta beberapa tackle keras dari pemain dari kedua-dua pasukan. Tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan.

Separuh masa kedua dimulakan dengan Pahang nyata lebih kemas menyusun gerakan di bahagian tengah yang di kemudi oleh Azam. Pemain muda ini perlu diberi lebih banyak aksi untuk terus menonjol. Hantaran yang baik, kawalan bola yang kemas, lenggok badan yang cantik nyata memberi kelebihan pemain ini untuk menguasai bahagian tengah Pahang bagi merencana serangan Pahang. Satu kelemahan yang perlu diatasi Azam ialah masalah fizikal badan beliau yang kecil. Mudah untuk pemain lawan membuat body contact. Pada minit ke 52, sepakan percuma Sarawak hampir mendatangkan gol pertama perlawanan tetapi Khairul Azhan nyata lebih bersedia untuk menyelamatkan keadaan kucar kacir di hadapan gawang Pahang.

Pahang kembali menguasai permainan dan pada minit ke 59, Conti yang mendapat bola di tengah padang dan melorongkan bola kepada Dickson yang memperlahankan permainan sebelum Conti membuat satu larian cantik dan lorongan dari Dickson hampir menghasilkan gol buat Pahang tetapi Ramesh Lai lebih pantas memintas bola tersebut.

Pada minit ke 60, bermula dari gerakan Dickson sekali lagi, satu hantaran lambung ke dalam kotak penalti mencari Conti yang membuat satu tap mudah kepada Azam yang berlari dari luar kotak penalti hampir memberi gol pendahuluan buat Pahang, tetapi Azam sedikit lambat melakukan percubaan ke gawang Sarawak, apabila sempat Ramesh Lai sekali lagi memintas sepakan tersebut.

Gandingan Dickson dan Conti skali lagi menjadi nadi serangan pahang pada minit ke 62. Permainan 1-2 Conti dan Dickson yang akhirnya bola sampai pada Kojie di dalam kotak penalti tetapi satu tendangan lemah dilepaskan Kojie untuk mudah di tangkap penjaga gol Sarawak, Fadzley Rahim

Sarawak kembali mengatur serangan pada minit ke 64, satu gerakan dari Billy dari sebelah kiri menghasilkan satu hantaran lintang menarik tetapi gagal di sudahkan oleh pemain Sarawak dan di keluarkan oleh Shahrizan.

Minit ke 71, pahang kembali menyusun serangan bermula dari satu hantaran lintang Poyeng terus ke pada Conti yang membuat satu dadaan bola kepada Azidan yang melakukan sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti namun tersasar jauh dari gawang Sarawak.

Permainan selepas itu kembali seimbang dan bola banyak berlegar dibahagian tengah padang. Sarawak melakukan 2 pertukaran dan Pahang hanya melakukan 1 pertukaran dengan membawa masuk pemian muda, Rizua Shafiqi bagi menggantikan Azidan Sarudin.

Minit akhir permainan Sarawak kembali garang. Serangan bertali arus ke kubu Pahang hampir membuat Pahang pulang tangan kosong. Minit 89, Ivan Fatic melepaskan satu ledakan padu ke gawang Pahang tetapi bola sedikit sahaja melepasi gawang pahang di ikuti serangan minit ke 91 bermula hantaran lintang dari Joseph Kallang Tie tepat ke kepala Ryan Griffith tetapi berjaya diselamatkan oleh Khairul Azhan sebelum pengadil perlawanan Zamzaidi Kartimin meniup wisel panjang menandakan berakhir nya perlawanan di Stadium Kuching untuk kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.

Satu pujian buat pemain pasukan Sarawak, bilamana mereka satu pasukan mengelilingi stadium menghadiahkan tepukan penghargaan buat peminat yang hadir. Satu sikap yang jarang ada dalam kalangan pemain bola sepak di Malaysia. Kalau ada pun sekadar memberi tepukan kepada ULTRAS.

imageimage

IMG-20150221-WA0013IMG-20150221-WA0011

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: