Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Asia, Kami kembali!

Asia, Kami kembali!

Oleh : Muhsin

KOSONG mata, 2 gol dan 18 bolos. Ya. Itulah rekod terakhir pasukan Pahang di Piala AFC tahun 2007. Kejohanan bola sepak kedua paling prestij di peringkat kelab Asia ini adalah mirip Europa League di Eropah dan Copa Sudamericana di Amerika Selatan. Lazimnya, kelab atau pasukan dari Malaysia yang bertanding atas tiket Juara Liga Super dan Juara Piala FA, hanya sekadar memenuhi jadual perlawanan peringkat kumpulan. Untuk rekod, hanya Kelantan dan Selangor yang berjaya mara ke Suku Akhir sebelum kecundang dibaham kelab Asia Barat.

Pengalaman atau maruah?

Tampil di peringkat Asia selepas menjulang Piala FA pada tahun lepas, Pahang seperti tidak membuat persiapan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia di peringkat Asia. Persiapan pra-musim di Hong Kong yang hanya dibarisi majoritinya skuad kedua, perlawanan persahabatan menentang beberapa kelab tempatan dan jiran, Singapura dengan keputusan yang tidaklah boleh dibanggakan.

Perlawanan pembukaan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang sekali lagi tampil layu tewas 2-0 menentang sebuah lagi pasukan yang membawa Malaysia di peringkat Asia, JDT. Ya, memang terlalu awal untuk menilai, namun penyokong Pahang sedia maklum, barisan tengah kita tampak jelas tempang dengan pemergian Faizol Hussein, wira Final Piala FA 2014. Perebutan untuk mendapatkan Gary Steven Robat juga buntu, Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin nampaknya bakal menjadi satu-satunya gandingan terbaik di barisan tengah. Coach Zainal harus memikirkan ‘back-up plan’ terbaik menempuh kalendar padat 2015, jika salah seorang daripada mereka cedera atau tidak beraksi baik.

Jika dilihat pada persiapan pasukan dan barisan pemain yang Pahang miliki kini, tidak terlalu berat untuk dikatakan, kita bakal sekali lagi tampil di peringkat Asia untuk sekadar memenuhi kalendar perlawanan dan menimba pengalaman.

Amuk Tok Gajah di Asia !

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top