Anda di sini
Laman Utama > Berita > Sarawak 0-0 Pahang

Sarawak 0-0 Pahang

IMG-20150221-WA0013

Pahang menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu mata pada perlawanan ketiga liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri,Kuching,Sarawak malam tadi.

Pahang mengekalkan formasi 4-4-2 walaubagaimanapun membuat beberapa pertukaran pemain yang melihatkan Saiful Nizam Miswan kembali beraksi selepas selesai penggantungan dan berada di posisi pertahanan kanan,manakala Fauzi Roslan diturunkan menggantikan tempat yang ditinggalkan Gopinananthan dan Norazam Azih diturunkan buat pertama kali sebagai first eleven dibahagian tengah berganding dengan Zesh Rehman selepas Hafiz Kamal tidak dapat diturunkan selepas menjalani penggantungan.Azidan Sarudin pula bermula sebagai sayap kanan.

Separuh masa pertama melihatkan penguasaan pasukan tuan rumah dan beberapa kali mengancam kubu Pahang. Tamat 45 minit separuh masa pertama,kedua dua pasukan buntu menjaringkan gol. Bersambung  babak kedua permainan,Pahang memperkemaskan asakan dan beberapa kali memberi ancaman buat tuan rumah menerusi gandingan Azam,Fauzi,Nwakaeme dan Conti,namun penyudah yang tidak tepat untuk merobek gawang pasukan Sarawak.

Pahang membuat pertukaran apabila pemain muda,Rizua Shafiqi masuk menggantikan Azidan pada minit 75′. Dipenghujung babak permainan,kedua dua pasukan rancak mengatur serangan namun masih buntu menghasilkan gol kemenangan. Tamat 90minit permainan, kedua dua pasukan terpaksa berpuas hati terikat 0-0.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top