Anda di sini
Laman Utama > Dari Luar Stadium > Online Ticket: Sarawak vs Pahang

Online Ticket: Sarawak vs Pahang

 

Oleh:Acid Folic

Pembelian tiket secara dalam talian di Stadium Negeri,Kuching,Sarawak sudah dimulakan sejak tahun 2014.Pembelian tiket dalam talian nyata memberi kemudahan buat peminat bola sepak di sekitar daerah Kuching dan sekitar kawasan-kawasan lain di negeri Sarawak.

Pembelian tiket secara dalam talian dimudah kan dengan pembabitan dari kedai jenama sukan terbesar di Sarawak.Kalau di Semenanjung kita ada al-ikhsan.Tapi di Sarawak,al-ikhsan tak wujud.Segala barang keperluan sukan akan diuruskan oleh Lea Sport Centre (LSC).Cuma perlu taip http://www.lsconline.com.my/ dan kemudian scrol down sehingga ke bahagian paling bawah dan akan ada bahagian tiket panas.

Disitu akan ada penjualan pas bermusim, tiket perlawanan liga super serta tiket piala FA.Klik je pada perlawanan mana nak tengok kemudian akan keluar lah arahan seterus nya untuk urusan pembayaran.Benda boleh baca dengan mudah.Kalau tak pandai membaca, takkan boleh melayari internet,nampak sangat membohong nye.

t1

Pembelian tiket dalam talian ni dihad kan kepada 6 keping je,beli banyak-banyak buat apa,nak jadi ulat tiket ke?Pembelian dalam talian akan ada caj tambahan lah.Tiket RM15 jadi RM17.Lepas tu pilih lah nak grandstand ke,berbumbung ke,terbuka ke,ikut atas keselesaan masing-masing lah.Lepas dah pilih tempat nak duduk,lengkapkan lah maklumat peribadi,sikit je.Takde mintak slip gaji ke,no kwsp ke,ape ke.Dah siap bahagian maklumat peribadi.Pilih je dekat mana nak kutip tiket tu nanti.

Macam awal penulisan tadi.Ada penerangan tentang LSC,jadi persatuan bola sepak Sarawak sedia kan 4 kedai LSC yang terbesar di Kuching.Semua di pusat membeli belah.Kalau rasa malas nak masuk pusat bandar,terus je pergi stadium,boleh ambik di collection counter yang disediakan.

IMG-20150220-WA0011

Pembayaran boleh guna credit card atau debit card dan juga online banking.(cimb click,bank islam,maybank2u,hong leong connect,RHB now).Zaman serba canggih ni,banyak bergantung pada internet je.Bukan susah sangat.Lepas pada tu buat lah pembayaran nya.Memang memudahkan.Tak payah nak bersesak di kaunter tiket.Syabas diucapkan di atas usaha dan kemudahan seperti ini.

Sekian.

Penulisan ini adalah pandangan peribadi beliau dan berdasarkan pengalaman beliau yang menggunakan sistem pembelian online ini.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top