Anda di sini
Laman Utama > Kembara TGC > Dari Kuantan ke Mandalay

Dari Kuantan ke Mandalay

Mandalar Thiri Sport Stadium adalah venue perlawanan pertama Pahang FA menentang Yadanarbon FC dari Myanmar pada 25hb Feb 2015 bagi AFC Cup. Bagi memudahkan para penyokong Pahang, penulis  ingin berkongsi sedikit maklumat yang mungkin boleh digunakan oleh para penyokong yang ingin ber’awayday’ nanti.

Sebelum berkongsi cerita mengenai panduan ke Mandalay, mari kita mengetahui serba sedikit sejarah berkenaan Stadium Mandalar Thiri ini. Stadium ini dirasmikan dan menjadi stadium utama bagi perlawanan bolasepak wanita pada Sukan SEA 2013. Berkapasiti 30,000 penonton serta’multi-use’ , stadium ini turut mempunyai trek larian bertaraf antarabangsa.

IMG-20150219-WA0009


Terdapat pelbagai cara untuk ke Mandalay. Cara yang paling mudah ialah dengan melalui penerbangan Air Asia yang mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Mandalay International Airport ( ‘transit’ di Bangkok – Don Mueng ). Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam (tanpa mengira masa menunggu/transit). Jika anda ingin memilih penerbangan lain (MAS), penerbangan adalah dari Kuala Lumpur terus ke Yangon dan anda harus mengambil penerbangan seterusnya ke Mandalay menggunakan penerbangan Yangon Air. Alternatif lain pula ialah menggunakan jalan darat setibanya di Yangon. Perkhidmatan bas dan keretapi boleh digunakan tetapi jarak perjalanan sejauh 680km mungkin membatasi masa anda.

Untuk penginapan pula, anda boleh menginap di beberapa hotel yang hampir dengan stadium seperti di Rising Venus Hotel Mandalay dan Paragon Hotel Mandalay yang hanya berjarak 10 minit ke Stadium. Bagi yang mempunyai bajet yang terhad, Nylon Hotel adalah alternatif terbaik buat anda.

Makanan Halal? Mungkin ada yang beranggapan agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal di Mandalay tetapi realitinya Mandalay mempunyai ramai penduduk islam dan agak mudah untuk mendapatkan makanan halal serta masjid. Anda boleh menyusuri 25th street yang mempunyai ramai penduduk islam yang menjalankan perniagaan makanan dan hotel bajet . Simbol  ‘786’ adalah cara mudah untuk mencari tempat makanan halal di sana.

Semoga anda semua menempuh perjalanan yang selamat pergi dan balik.

Di harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan memudahkan perjalanan anda.

Jom ke Mandalay! 

 

 

 

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: