Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > Lawan Sarawak. Bersediakah Pahang?

Lawan Sarawak. Bersediakah Pahang?

Oleh : Acid Folic

Sarawak menang dengan Terengganu 3-1. Kita tau Terengganu dilabel sebagai salah satu pasukan bakal mencabar kejuaraan Liga Super tahun ni dan Sarawak langsung tidak dipedulikan oleh rata-rata peminat bola sepok Malaysia, apatah lagi dunia. Faktor kekuatan penyokong yang sentiasa penuh tak kira di Liga Perdana 2 tahun lepas atau pun di Liga Super, Sarawak memang agok liat nak tumbang di Stadium Negeri, Kuching. Barangkali faktor awek-awek Iban, Bidayuh mahupun Melayu Sarawak sendiri yang gebu-gebu putih melepak sedikit mengganggu hormon-hormon pemain pasukan pelawat.

Keeper Sarawak, Iqbal Suhaimi yang merupakan pemain kelahiran Negeri Pahang bakal jadi penghalang buat Pahang kalau berkunjung ke Serawak. Walaupun

badan maintain kategori heavyweight punya, tapi masih lagi tangkas. Wira Piala FA pahang pada tahun 2006 ni ada lah beberapa kali save bola wajib gol dari Terengganu. Tapi minit ke berapa entah, out injured lutut dan diganti dengan keeper sorang lagi, nama aidil yang sepok bola tak pernah naik. Line tengoh padang pun tak lepas. Andai kata Aidil ni lagi main. Belajor-belajor lah sepok dari luor D untuk jaring gol. Daroh gemuruh lagi tu.

 Defend sarawak lebih kurang dengan Pahang je .Masih kelam kabut. Defend kanan Mazwandi. Tengah Ronny Harun dengan mat saleh nama Ronald. Kiri masih kekal milik Ramesh Lai. Koi tak berkenan dengan Ramesh Lai ni sebab 1 bende je. Main defend, tapi pakai no 12. Tak kena betul nombor dengan posisi.

Ronny Harun (Jersi Biru)

Defend kanan Sarawak, Mazwandi boleh dapat MOTM. Terengganu letak Ashaari ke, Manaf ke, Rangel ke, selamba die hadap. Ronny Harun pun ok. Jenis makan sup buaya agok nye. Bapok kerasnye. Setakat Rangel tu makanan Ronny Harun je. Mungkin faktor tocang tengah kepala die kot. Rangel goyang sikit. Mat saleh name Ronald tu kalau jumpa Dickson, kena lauk je la. Body takde. First Touch ke laut. Clear pun ikut pusat jugok. Jenuh Ronny Harun backup. Tapi bahagian defend tengah Sarawak ni boleh makan. Takde keserasian antara Ronny dengan Ronald. Ramesh Lai 10 minit pertama bukan main overlap sekali Terengganu hantar bola jauh terus hilang dari radar Dapat ke Ashaari, tolak ke Rangel letok budok darjoh 2 pun boleh gol. Mende takde orang doh depan gol. Lepas pada tu. Insaf terus Ramesh Lai. Takde overlap doh sampai reff tiup wisel tamat main 90 minit.

Midfield Sarawak biasa-biasa je Shahrol Saperi dengan Ivan Fatic masih nok memahami corak permainan sesama sendiri. Slow amat kalo berlari nye. Kalo Pahang rase nok menang. Letok lah midfield laju sorang. Mencungap lah midfield Sarawak sebab Ivan Fatic ni memang tak fit. Hantor bola, terlepas, lenggang kangkung. Bab lain koi tak rasa 2 orang ni mampu mengucar kacir kan bahagian midfield Pahang. Kalau letok Abang Jalal main defensive mid pun koi rase Abang Jalal boleh control 2 orang ni. Orang Pahang kabo, sedey amat. Memandangkan Hafiz Kamal kena gantung, koi rasa Azam boleh control bahagian midfield untuk game Sarawak-Pahang nanti.

Ashri Chuhu

2 game Sarawak setakat ni, memang guna Joseph Kallang dengan Ashri Chuchu main winger kanan dan kiri. Ini kekuatan Sarawak berdasarkan game lawan Terengganu. Kalo rase nok kena lauk, boleh lah letok Ijan kat defend kiri. Midfield Sarawak, baik Shahrol ke, Ivan Fatic ke, dapat bola control sikit tolak bola jauh ke depan Ashri dengan Joseph memang berdesup. Zubir hok laju pun sampai mengoh nok negejor Joseph. Bayang kan je lah kalo Ijan. 2 orang ni bukan jenis bawok bola dari Kuching ke Miri yang ambik masa 13 jam kalau naik kereta. Jenis dapat je bola, ada ruang baik cross selalu. Gol ke-2 serawak, Joseph cross far post dapat ke Ashri, sambor dan gol. Gol ke-3, Ashri pulok far post ke Joseph. Volley sekali dan gol. Tapi 2 orang ni main paras minit ke 60 je, lepas tu hilang dari radar dah. Ashri pun injured masa game lawan Terengganu ni. Masuk partiban yang tahun lepas main dengan Perak. Skill Cristiano Ronaldo, kasut Cristiano Ronaldo. Cukup setakat tu je koi ulas pasal Partiban ni, rasa nye ada lah 20 minit die main. Tapi berlari lebih laju dari bola.

JKT
Joseph Kallang Tie

Sarawak guna 2 striker import, Mehmet main top Ryan griffith second striker. Billy Mehmet dapat sebijik gol tu pun mujur. Lain pada tu, takde dah. Hilang dari radar. Ryan Griffith jadi kapten untuk game lawan Terengganu tapi takde fungsi. Selalu terlepas bola bila member passing. Jenis main tunggu bola sampai ke kaki. Langsung takde percubaan. Padan letok Zaiza je ame nok ngadap 2 orang mat saleh ni. Itu pun Zaiza boleh makan koci lagi.

———————————————————————————————————————-

Penulis hadir di stadium semasa perlawanan Sarawak-Terengganu pada hari Sabtu lepas. Tulisan beliau adalah pandangan peribadi beliau setelah menyaksikan perlawanan tersebut.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

2 thoughts on “Lawan Sarawak. Bersediakah Pahang?

  1. ultrasarawak.com menjawab artikel ini, saya harap admin boleh lulus post ini sebab ramai yang mungkin tidak mendapat fakta yang tepat. Cuma ini adalah pandapat kami yang selalu ke Stadium melihat Sarawak bermain.
    Mungkin sudut pandangan kita berlainan tapi pendapat berlainan memang di alu-alukan. Pasukan underdog Sarawak memang bukan pasukan yang berbelanja besar cuma 6 – 7 juta Setahun.

  2. Takde nak komen pasal main….nampak penulis suka sangat sentuh pasal awek…..kalau tak sentuh pasal awek tak boleh ke…….semalam tengok gak dia orang training kat Padang Merdeka……siap bergambar lagi dengan player dia orang…… kita hanya musuh dalam padang………

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: