Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kemelut D. Saarvindran, Selesai

Kemelut D. Saarvindran, Selesai

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akhirnya mencapai persetujuan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda berkaitan perpindahan bekas pemain Harimau Muda A, D. Saarvindran. Pemain yang berusia 23 tahun itu sepatutnya pulang dan melapor diri dengan pasukan kelahirannya, namun telah menandatangani kontrak dengan pasukan Pahang. Persetujuan ini dicapai selepas FAS bersetuju dengan nilai pampasan yang ditawarkan oleh PBNP seterusnya membolehkan beliau beraksi bersama Pahang nanti.

D. Saarvindran pernah menjadi antara watak utama ketika pasukan Harimau Malaya muncul juara Pesta Bola Merdeka di Kuantan dua tahun yang lalu. Beraksi di posisi tengah dan sayap, beliau dijangka mampu memperkuatkan serangan pasukan Pahang dan sedikit sebanyak memberikan pilihan buat pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan. Kami di TGC mengucapkan “Selamat Datang” dan terima kasih buat D. Saarvindran kerana meletakkan pasukan Pahang dalam perjalanan karier anda.

Semoga Berjaya dan mencipta nama di bumi Darul Makmur!

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: