Anda di sini
Laman Utama > Berita > Aksi Piala FA ditunda

Aksi Piala FA ditunda

Peminat terpaksa menunggu lewat sehari untuk menyaksikan pertembungan dramatik pusingan kedua Piala FA 2015 antara pasukan Pahang menentang JDT I di Stadium Darulmakmur pada awal bulan depan. Perlawanan yang pada mulanya dijadualkan pada Ahad,  1 Mac 2015 diubah ke Isnin, 2 Mac 2015.

Menurut surat yang diedarkan kepada semua persatuan, perlawanan ini diubah kerana permintaan dari Pahang kerana mereka baru sahaja pulang dari Myanmar pada hari Jumaat, 27 Feb setelah selesai beraksi dalam peringkat kumpulan Piala AFC.

Bagi lawan Pahang iaitu JDT I yang juga terlibat dalam Piala AFC pada musim ini, mereka akan menentang Kelab dari India East Bengal pada hari Selasa, 24 Feb di tempat sendiri.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: