Anda di sini
Laman Utama > Berita > Alex tak sabar beraksi

Alex tak sabar beraksi

Oleh : Pahang_DHF

Musim 2015, kita masih belum lagi dapat melihat aksi Azamuddin Akil @ Alex diturunkan  bersama skuad Tok Gajah. Beliau yang mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir Piala AFF tempoh hari, masih belum pulih sepenuhnya dan cergas untuk diturunkan. Nyata, ketiadaan beliau sedikit sebanyak memberi impak kepada bahagian serangan pasukan Pahang apabila masih gagal memperolehi kemenangan selepas dua perlawanan.

Alex ketika ditemui mengesahkan yang beliau masih belum cergas sepenuhnya  dan hampir pasti bakal terlepas peluang untuk beraksi untuk perlawanan Liga Super menentang Sarawak di Kuching dan juga perlawanan pembukaan Piala AFC di Mandalay, Myanmar bertemu Yadanarbon FC.

“Kecederaan saya tidak memerlukan saya melakukan pembedahan susulan. Ini yang positifnya. Saya juga sudah memulakan latihan ringan dan berharap dapat beraksi bersama skuad Tok Gajah untuk perlawanan pusingan kedua Piala FA nanti.”

Pahang bakal menentang JDT I dalam pusingan kedua Piala FA 2015 pada akhir bulan Mac. Selain dari misi untuk mempertahankan Piala FA, perlawanan ini juga di lihat sebagai medan terbaik untuk Alex menebus kembali kekalahan Pahang di Larkin dalam perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) tempoh hari.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: