Anda di sini
Laman Utama > Berita > Badi Selangor terus hantui Pahang

Badi Selangor terus hantui Pahang

Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya sekadar berkongsi mata dengan dengan musuh tradisi Selangor di Kuantan sebentar tadi. Ini sekaligus memanjangkan lagi badi gagal mengalahkan Selangor sejak 2011.

Pahang seakan-akan memperolehi tiga mata penuh apabila pemain import dari Argentina, Matias Conti menjaringkan gol pada minit ke 59 setelah merembat bola hasil umpanan Dickson Nwakaeme. Namun, Andik Vermansyah sekali lagi memusnahkan harapan seluruh penyokong Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan Selangor 10 minit kemudian.

Pahang terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain tengah Hafiz Kamal di arahkan keluar padang pada minit 85 setelah dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan terjahan yang merbahaya pertahanan Selangor.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: