Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > Abdulraimov Azamat – Uzbek Terpedo

Abdulraimov Azamat – Uzbek Terpedo

Oleh : Salleh Shariff
Abdulraimov Azamat Final PM 1994

Kemana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi? Begitulah perumpamaan yg boleh diberikan kepada bekas pemain tengah Pahang pada tahun 1994 iaitu  Azamat Abduraimov yang mewarisi kebolehan bapanya Berador Khasanovich Abduraimov selaku pemain bolasepak terkemuka dalam sejarah Uzbekistan. Seperti bapanya juga, beliau pernah bermain untuk 3 kelab terkemuka iaitu Spartak Moscow, CSKA Moskow dan Pakhtakor Tashkent.

Pernah menjadi kapten pasukan bolasepak Uzbekistan (yang pernah membelasah Malaysia 4-0) dalam perlawanan di Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun. Beliau berjaya membawa pasukan Uzbekistan memenangi Pingat Emas kejohanan berkenaan bersama rakan sepasukannya yang juga bakal pemain Pahang pada tahun 1995 iaitu Igor Shkvyrin.
Pahang 1994 (Home)
Abdulraimov (duduk 2 dari kiri) semasa bersama Pahang pada tahun 1994

Menyertai pasukan Pahang sehingga berjaya membawa pasukan Tok Gajah ke pentas final Piala Malaysia 1994 yang menyaksikan Pahang dibelasah Singapura 0-4 pada perlawanan tersebut. Biarpun hanya semusim bersama Pahang, sumbangan beliau tetap diingati. Bayangkan sekiranya beliau terus bersama Pahang sehingga tahun 1995 dan berpadu tenaga bersama rakan sepasukannya di Uzbekistan Igor Shkvyrin. Sudah pasti barisan serangan Pahang pasti akan menjadi lebih berbisa dan ampuh. Antara yang diingati mengenai pemain ini adalah beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya di Masjid Besar Kuantan.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

One thought on “Abdulraimov Azamat – Uzbek Terpedo

Leave a Reply

Top