Anda di sini
Laman Utama > Pahang U21 > Piala Presiden : Pahang lega ikat Sarawak

Piala Presiden : Pahang lega ikat Sarawak

Oleh : mrcipizs

Jaringan minit-minit terakhir pada masa tambahan pemain Piala Presiden Pahang, Mohd Faizal Abdul Rani menyelamatkan Pahang daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila berjaya mengikat Sarawak 4-4 dalam perlawanan Kumpulan A Piala Presiden di Kuching petang tadi. Selain daripada jaringan penyamaan tersebut Faizal juga menjaringkan 3 lagi gol Pahang pada minit ke 27, 31 dan 55.

Gol-gol Sarawak dihasilkan oleh Nor Azizi Ramlee pada minit ke 12, 35 dan pemain berjersi No 7 Abdul Rahim Abdul Razak. Permainan yang agak rancak oleh kedua-dua pasukan dimana mereka saling membalas serangan.

Perlawanan seterusnya bagi Pahang ialah menentang Perak di tempat sendiri dan Sarawak akan menentang Terengganu di Kuching. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada Rabu depan, 25 Februari 2015.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top