Anda di sini
Laman Utama > Kuantan FA > Misi mesti menang

Misi mesti menang

Oleh : Aiman Dahalan

Setelah tewas dalam perlawanan sulung Liga Perdana kepada Pulau Pinang, Juara Piala FAM 2014, Kuantan FA sekali lagi berdepan tugas getir dalam perlawanan kedua menentang gergasi utara, Kedah Jumaat ini. Bermain di halaman sendiri, Kuantan FA perlu menggunakan kelebihan itu sepenuhnya jika tidak mahu ketinggalan dalam saingan Liga Perdana.

Bekas pemain tengah Pahang, Tarik El Janaby yang kini mewakili Kuantan FA perlu menggunakan sepenuhnya pengalaman di Liga Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah untuk memastikan 3 mata dikutip dalam perlawanan ini. Tarik pasti mencuri tumpuan kerana beliau turut ditawarkan kontrak bersama Kedah musim ini dengan gaji sekali ganda, namun beliau memilih untuk bersama Kuantan.

Selain itu, Abdul Malik Mat Arif bakal memainkan peranan penting dalam perlawanan ini. Menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan pra musim, Malik pastinya mampu melakukan sesuatu apabila diberi peluang musim ini selepas sekadar memanaskan bangku simpanan Pahang pada musim lalu. Sentuhannya yang dilihat hampir berkarat musim lalu, digilap kembali bersama Kuantan FA sekaligus membawa skuad ini ke zon selesa.

Jurulatih Aminudin Hussin yang pernah melatih Harimau Muda C, pasti mempunyai ramuan untuk menyekat Baddrol Bakhtiar dan rakan-rakan. Semenjak mengambil alih skuad ini sebelum liga bermula, Aminudin memfokuskan kepada kecergasan para pemain yang dilihat sebagai faktor penting dalam sesebuah pasukan.

Go Kontan!

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top