Anda di sini
Laman Utama > Berita > Harga tiket kekal

Harga tiket kekal

oleh : mrcipizs

Berita baik buat peminat Pahang apabila harga jualan tiket bagi saingan Liga Super 2015 dikekalkan seperti pada tahun lepas. Ini adalah hasil dari mesyuarat Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) sebentar tadi. Seperti tahun lepas, harga tiket bagi Pentas Utama ialah RM25, RM15 bagi berbumbung dan RM12 bagi tempat duduk terbuka.

Tiket untuk perlawanan Sabtu ini akan mula dijual pada hari perlawanan jam 10.00 pagi di Stadium Darulmakmur hingga perlawanan bermula. Tiada jualan tiket dilakukan pada hari Jumaat berikutan pada hari tersebut, Kuantan FA juga menggunakan Stadium darulmakmur sebagai gelanggang rasmi mereka. Bagi penyokong di Temerloh, jualan tiket akan dilakukan di Stadium Temerloh juga bermula pada jam 10.00 pagi. Tiket yang tidak habis di Temerloh akan dibawa ke Kuantan untuk dihabiskan jualan.

Bagi perlawanan pada hari Jumaat melibatkan Kuantan FA, jualan tiket akan bermula pada hari perlawanan iaitu Jumaat sehingga perlawanan bermula. Harga tiket ialah RM15 bagi pentas utama dan RM10 bagi tempat duduk berbumbung dan terbuka. Para penyokong dinasihatkan membeli tiket lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari.

Pahang akan memulakan saingan di tempat sendiri menentang Selangor pada hari Sabtu manakala Kuantan FA akan menentang pendahulu liga Kedah pada hari Jumaat. Semua perlawanan diadakan di Stadium Darulmakmur, Kuantan.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top