Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > FH11 Jasamu Dikenang

FH11 Jasamu Dikenang

Oleh: Azlie

Gooool!!!! itulah laungan seluruh penyokong Pahang di seluruh pelusuk dunia pada aksi final piala FA musim 2014. Kaki kiri pemusnah, goal bertaraf dunia, wajar bermain untuk skuad kebangsaan dan pelbagai lagi pujian yang dilemparkan oleh penyokong setia TokGajah. Disini niat penulis bukanlah untuk menceritakan semula kisah-kisah manis itu, apa yg penulis ingin sampaikan di sini agar semua penyokong Pahang dapat berfikir dengan lebih rasional dan matang. Memang betul Faizol pergi ke negeri kelahirannya tapi dengan kontrak masih berbaki semusim lagi bersama Pahang, tetapi kita sebagai antara penyokong terbaik perlulah terima dengan hati terbuka. Lebih baik kita terus pandang ke depan dan jangan biarkan perkara ini terus membelenggu perjalanan pasukan Pahang dalam mengharungi kancah liga untuk musim ini.

Sempena perlawanan Piala Sumbangsih yang lepas, TGC berkesempatan menemui beliau di Johor Bharu. Kesudian beliau berjumpa dan seterusnya ingin menjelaskan punca sebenar beliau berpindah amatlah kami hargai.

Setelah hampir 4 tahun beliau menabur jasa bersama Pahang, kini tiba masanya negeri kelahirannya memerlukan khidmatnya semula. Faktor keluarga juga yang menjadikan sebab Faizol untuk berubah angin. Bermain sebagai status pemain pinjaman bersama Pahang siapa sangka bakatnya terus terserlah di bumi darulmakmur. Menurutnya, beliau sendiri ada perancangan beliau sendiri dan kerjaya bolasepak merupakan punca rezekinya.

“Kerana penyokonglah aksi saya meningkat. Mereka tidak jemu-jemu memberi sokongan walaupun Pahang pernah berada dalam Liga Perdana untuk semusim. Kenangan dalam pasukan Pahang adalah yang terbaik dan paling manis dalam hidup. Ini tidak akan saya lupa sampai bila-bila. Saya memohon penyokong Pahang merelakan saya pergi demi keluarga dan masa masa depan. Saya juga teringin untuk berbakti dengan negeri kelahiran pula”.

Bagi kami, Faizol adalah hero kita selama 4 tahun ini. Beliau membantu kita mendapatkan kejuaraan yang tidak pernah kita jangka selama ini rentetan tersingkir dari Liga Super pada tahun 2012. Diharapkan Faizol sendiri tidak melupakan kami, sememangnya penyokong Pahang akan terus ingat jasa beliau selama di Darulmakmur. Janganlah ada lagi komen-komen berunsur negatif, cacian atau sebagainya. Teruskan menyokong Pasukan kita, Liga kita. Tanpa penyokong siapalah pasukan.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top