Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Pulau Pinang ujian pertama Kuantan FA

Pulau Pinang ujian pertama Kuantan FA

oleh : mrcipizs

Pendatang baru Liga Perdana, Kuantan FA akan berdepan skuad yang menjadi pencabar utama liga Pulau Pinang  apabila Liga Perdana membuka tirai untuk musim 2015 hari ini. Melihat kepada skuad Pulau Pinang yang mengambil inisiatif  membina pasukan mantap pada musim ini perlawanan dijangka sukar bagi Kuantan FA. Pulau Pinang pada tahun ini berjaya mendapatkan beberapa pemain yang berpengalaman seperti Ramezey Che Rose (PKNS), Sani Anuar Kamsani (Sarawak), Mafry Balang (Sarawak), Mohd Farid Ramli (Sime Darby), Mazlizan Mohamad (Terengganu), Mohd Faiz Subri (Terengganu) dan juga See Kok Luen (JDTII) bakal menberi tentangan sengit kepada Kuantan FA.

Tarik Al-Janaby
Tarik Al-Janaby

Bakal berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah di Stadium Bandaraya, Kuantan FA memerlukan sedikit tuah untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan ini. Pemain yang bakal menjadi kunci untuk merubah keputusan perlawanan ialah tonggak pemain import dari Magribi iaitu Tarik Al-Jenabi. Pernah beraksi bersama Pahang selama 2 musim, Tarik bakal menjadi nadi penting untuk Kuantan FA dalam merencana bahagian tengah. Beliau juga berkasi cemerlang dalam perlawanan persahabatan semasa sesi pra musim.

Lee Kwang-hyun

Selain itu, seorang lagi tonggak import iaitu Lee Kwang-Hyun dari Korea juga dijangka mengemudi pertahanan pasukan. Beraksi bersama The Panthers pada musim lepas, Lee akan menggunakan segala pengalaman beliau semasa beraksi di Stadium Bandaraya untuk berhadapan dengan sorakan penonton kelak.

Selain itu, bekas pemain Pahang Mohd Kamal Rodiarjat dijangka antara pemain tempatan yang bakal diturunkan untuk memperkuatkan barisan serangan. Beliau dijangkan bergandingan dengan Milan Purovic (Serbia).

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top