Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan tewas aksi pembukaan

Kuantan tewas aksi pembukaan

oleh : mrcipizs

Kuantan FA tewas 0-1 di tangan Pulau Pinang dalam perlawanan pertamanya dalam kempen Liga Perdana 2015 sebentar tadi. Beraksi di tempat lawan Kuantan FA berjaya mengimbangi kekuatan Pulau Pinang yang ratanya-ratanya dibarisi pemain berpengalaman. Gol Pulau Pinang adalah hasil jaringan sendiri pertahanan Kuantan FA Lee Kwang Hyeon. Ironinya Lee adalah bekas pemain Pulau Pinang pada musim lepas. Perlawanan seterusnya bagi Kuantan FA ialah di halaman sendiri menentang Kedah pada Jumaat depan.

Sementara itu, Pahang menewaskan Tempines Rovers 2-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Darulmakmur, Kuantan. Gol-gol Pahang dijaringkan oleh gandingan penyerang import Matias Conti dan Dickson Nwakaeme. Pahang tidak bermain pada minggu ini kerana sudah beraksi menentang JDT pada Sabtu lepas dalam perebutan Piala Sumbangsih yang mana Pahang tewas 0-2.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top