Anda di sini
Laman Utama > Admin > Dari Premier Menjulang Piala – Digital Bone

Dari Premier Menjulang Piala – Digital Bone

oleh : oesandro

Mereka (penyokong Pahang) sorakan dari hati..sebagai pemain kita dapat merasa apa yang cuba disampaikan oleh penyokong dan kita pun bermain untuk mereka. Kalau kita berusaha dan ikhlas, ini lah hasilnya. No pain no gain, kesakitan tidak membunuh anda, malah menjadikan anda kuat. Sokongan dia orang membuatkan saya hilang penat. Itulah bait-bait yang diungkapkan oleh beberapa pemain Pahang dalam video terbaru hasil buah tangan Digital Bone yang sering kali menghasilkan karya-karya yang mampu menjulang semangat para pemain mahupun seluruh penyokong bola sepak negeri Pahang. Video yang berdurasi selama 16 minit 30 saat ini telah dimuat naik di laman Facebook Digital Bone (DB) dan telah mendapat jumlah tontonan (view) yang agak tinggi iaitu menghampiri 30,000.

Permulaan video menceritakan saat-saat keemasan pasukan Pahang mencipta satu lagi kejayaan menjulang Piala Malaysia musim 2014 dengan menyaksikan detik-detik yang sangat mendebarkan melalui aksi sepakan penalti terakhir yang disempurnakan oleh Hafiz Kamal. Di sebalik garapan video ini tersimpan seribu pengertian buat penyokong setia pasukan Pahang apabila inisiatif yang dilakukan oleh DB ini seolah-olah membalas kesetiaan dan sokongan mereka yang selama ini teguh berdiri di belakang pasukan. Buktinya, rata-rata yang menyaksikan video ini begitu berasa terharu, bangga serta hampir menitiskan air mata sebagai tanda kepuasan dan sumbangan oleh mereka akhirnya terbalas melalui moment kejayaan yang ditonjolkan di dalam video ini.

Pengakhiran moment  video ini lebih menyentuh emosi apabila diselitkan detik-detik kejayaan menjuarai Piala Malaysia untuk dua tahun berturut-turut sambil berlatar belakangkan lagu keramat oleh Ultras Sound dan Elephant Army (ale-ale ayuh ayuh tok gajahku) yang menceritakan seribu satu kenangan yang tidak mampu dilupakan. Semoga penghasilan video seperti ini diteruskan dari masa ke semasa agar kenangan yang indah ini boleh dipertontonkan untuk generasi akan datang.

Syabas diucapkan kepada DB yang bukan sahaja berjaya menghasilkan karya yang berkualiti tetapi mampu menghimpunkan kenangan, kebanggaan dan kepuasan buat barisan pemain, pengurusan dan seluruh penyokong bola sepak negeri Pahang Darul Makmur.

Enjoy!

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “Dari Premier Menjulang Piala – Digital Bone

Leave a Reply

Top