Anda di sini
Laman Utama > Berita > Yadanarbon FC lengkapkan kumpulan G

Yadanarbon FC lengkapkan kumpulan G

Oleh : mrcipizs

Kelab Yadanarbon FC dari Myanmar telah melengkapkan kesemua jumlah kelab yang akan bertanding dalam kumpulan G Piala AFC 2015. Kelab yang berpengkalan di Mandalay, Myanmar itu tewas di tangan pasukan dari Singapura Warrior FC dalam kelayakan Liga Juara Juara Asia 2015 yang ditentukan melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan pada hari semalam.

Dengan penyertaan Yadanarbon FC, Yangon FC yang juga Naib Juara Liga Kebangsaan Myanmar terpaksa melupakan impian untuk beraksi dalam Piala AFC pada musim ini. Kelab Myanmar lain ialah Ayeyawady United yang menghuni kumpulan H bersama Persib Bandung (Indonesia), Lao Toyota FC (Laos) dan New Radiant (Maldives).

Pahang yang juga berada dalam kumpulan G akan menjadi lawan pertama Yadanarbon FC. Perlawanan ini akan diadakan pada hari Rabu, 25 Februari 2015 di Stadium Mandalarthiri, Mandalay. Ini adalah penampilan ketiga pasukan Pahang selepas tahun 2005 dan 2007. Perlawanan lain kumpulan G ialan di antara Global FC (Filipina) menentang South China (Hong Kong) yang akan berlangsung pada tarikh yang sama di Manila.

AFC Poster-01

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top