Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jersi 2015 : Pahang perkenalkan bersama peminat

Jersi 2015 : Pahang perkenalkan bersama peminat

Oleh : Anuar Yahya

Bersama peminat, mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk konsep pelancaran jersi untuk pasukan Pahang musim 2015 kali ini. Untuk pertama kalinya pelancaran telah dibuat di Stadium Darul Makmur di hadapan peminat yang teruja menunggu bagi menyaksikan buah tangan terbaru dari penaja kit iaitu PUMA untuk pasukan PAHANG bagi musim 2015.

Pelancaran jersi bermula pada jam 4.45 petang di hadapan pentas utama stadium. 5 pemain iaitu Kapten pasukan Razman Roslan, pemain tengan Azidan Sarudin, pemain sayap Azamuddin Akil dan dua tonggak import Damion Delano Stewart serta Matias Ruben Conti.

Puma masih lagi menaja jersi pasukan Pahang pada musim ini dengan memperkenalkan 2 variasi jersi iaitu versi home dan versi away. Jersi home dgn masih mengekalkan warna kuning sebagai warna asas beserta jaluran biru di bahu yang diletakkan patch penaja baru musim ini iaitu DRB-Hicom. Jersi ini mempunyai corak retro berbentuk diamond seperti yang pernah digunakan pada tahun 1991.

Jersi Away pula masih mengekalkan jaluran hitam putih seperti edisi akhir Piala Malaysia musim lepas dengan sedikit perubahan dari segi corak di bahu dan bahagian belakang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC Sdn Bhd, Mohd Fahrizal Hasan berkata, pasukan Pahang kini telah bersedia untuk menempuh fasa baru dalam penjenamaan serta penswastaan. Untuk itu, sebagai langkah permulaan tahun ini PBNP telah memeperkenalkan pas bermusim dengan tiga tawaran pakej yang disertakan cenderahati sehelai t-shirt, jersi terbaru Pahang dan termasuk pakej insuran dari Alliance yang bernilai sehingga RM25,000. Selain itu, DRB -Hicom telah menjadi syarikat terbaru untuk menjadi penaja bersama untuk musim ini. Penjualan tiket secara online juga sedang dipertimbangkan pada masa depan demi keselesaan peminat lebih-lebih lagi yang berada di luar Kuantan.

Kapten pasukan, Razman Roslan pula berkata, beliau dan rakan-rakan pasukan sudah bersedia dari segi mental dan fizikan serta rata-rata pemain bersemangat untuk menempuh musim 2015 dengan azam mengekalkan kejuaraan yg sedia ada. Dengan wujudnya beberapa muka baru dan kemasukan pemain-pemain muda, ia tidak menjadi satu penghalang malah beliau berkata keserasian diantara pemain juga bertambah baik.

Dalam pada itu, Pengurus pasukan Pahang Dato’ Che Nasir Salleh menegaskan Pahang masih mahu mengekalkan segala piala yg telah dimenangi musim lepas dan dengan sasaran tambahan untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AFC nanti. Ini bermakna kejohanan Piala AFC yang disertai Pahang selaku Juara Piala FA amatlah dipandang secara serius oleh pihak pengurusan.

Dengan keazaman dan kesungguhan pihak pengurusan, teknikal dan pemain tidak keterlaluan jika boleh dikatakan bahawa pasukan pahang telah bersedia untuk melalui kempen bolasepak bagi musim 2015 ini.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top