Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang mula dengan langkah kiri

Pahang mula dengan langkah kiri

Oleh : Aiman

Tidak seperti musim lalu, Pahang memulakan Liga Super 2015 dengan langkah kiri apabila tewas kepada Johor Darul Takzim, 2-0 di Stadium Larkin, malam tadi. Kekalahan tersebut sekaligus menyebabkan Pahang gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi tahun lalu.

Perlawanan pada malam tadi, jelas dikuasai oleh JDT dengan sesekali Pahang mengasak namun gagal menembusi benteng pertahanan JDT. Marcos Antonio memberi gol pendahuluan kepada JDT pada minit ke 36′, apabila mudah menanduk masuk hasil sepakan sudut Safiq Rahim. Safiq membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila sekali lagi sepakan penjurunya pada minit ke 58′ tepat kepada Luciano Figueroa yang mudah menanduk untuk menewaskan Khairul Azhan Khalid.

Persembahan Pahang nyata serba tidak menjadi dengan hanya satu percubaan tepat pada lewat permainan menerusi sepakan percuma Hafiz Kamal. Pahang akan kembali beraksi pada 14 Februari 2015 apabila menjadi tuan rumah kepada Selangor pada perlawanan kedua Liga Super di Stadium Darul Makmur.

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top