Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > Yan laung keyakinan

Yan laung keyakinan

Oleh : Aiman

Sekalipun gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama negara dalam kempen Piala AFF Suzuki yang lalu, penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid langsung tidak berasa kecewa. Khairul Azhan yang lebih dikenali sebagai Yan mengakui, beliau masih belum mencapai tahap untuk memakai jersi nombor satu negara.

“Khairul Fahmi & Farizal Marlias lebih berpengalaman, mereka lebih layak menggalas tugas berkenaan.” kata Yan. Ketika ditemui baru-baru ini, beliau menambah peluang berlatih bersama dua penjaga gol terbaik kebangsaan itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan mendapat ilmu serta tips yang berguna untuk menjadi lebih baik daripada sekarang.

“Saya memandang dari sudut positif, banyak yang perlu saya pelajari untuk menggalas tugas itu. Jadi, peluang yang diberikan oleh jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh saya gunakan sebaiknya untuk mempersiapkan diri menjadi penjaga gol satu negara suatu hari nanti. Saya percaya, masanya akan tiba.” Tambah beliau lagi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kehadiran pemain baru dalam skuad Pahang musim ini, Yan nyata gembira dengan perkembangan itu. “Mereka menunjukkan sikap positif terutamanya dua pemain muda, Shafiqi dan Nor Azam. Mereka menerima teguran, dan nampak bersungguh-sungguh dalam latihan. Ini sesuatu yang sangat positif.” kata beliau lagi.

Post3 2015

Ketika diminta mengulas mengenai saingan Piala Sumbangsih di Larkin nanti, beliau mengakui usaha mempertahankan piala yang dimenangi tahun lalu itu memang getir, lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan. Ditambah pula dengan persediaan yang sedikit tergendala akibat musim tengkujuh di Kuantan baru-baru ini, sememangnya ia tugas berat ditambah pula dengan persediaan mantap skuad Johor Darul Takzim musim ini.

“Walaubagaimanapun, kami akan berusaha sebaiknya, tekanan di pihak kami untuk mempertahankan piala, namun JDT juga akan berasa lebih tertekan untuk menang kerana bermain ditempat sendiri.”

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top