Anda di sini
Laman Utama > Admin > Wajah baru, Wadah baru.

Wajah baru, Wadah baru.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Alhamdullilah dengan izin-Nya web www.tokgajah.com kini kembali bernyawa. Kali ini kami tampil dengan wajah baru setelah hampir 5 tahun beroperasi atas platfom forum dan kemudiannya beralih ke medium facebook.

Semasa dalam platform forum TGC telah mengumpulkan hampir 2ribu peminat yang mendaftar dan hampir 172 ribu likers yang berada di seluruh dunia. Bayangkan seorang peminat yang berada di UK masih mampu mendapat info tentang pasukan PAHANG walaupun beliau jauh dari tanah air.

Ditubuhkan sekitar tahun 2004 iaitu pada tahun Liga Super Malaysia diperkenalkan, TGC sudah menjadi satu kelab penyokong yang tidak rasmi kepada pasukan PAHANG walau bagaimana ‘rupa’ dan prestasi pasukan ketika itu. Dari zaman era Zainal Abidin Hassan yang mengemudi pasukan yang dipenuhi bintang dan digelar Galacticos oleh peminat bolasepak ketika itu sehinggalah Coach ZAH kembali melatih pasukan yang pada mulanya low profile yang kemudian menjadi pasukan digeruni kini.

ADA APA DENGAN PORTAL INI?

Membina portal baru bukanlah mudah. Seiring dengan trend media sosial sekarang yang mana peminat lebih mudah melayari facebook, twitter mahupun instagram, portal bukanlah satu medium yang bijak. Namun kepuasan dalam memberi maklumat menggunakan portal dan laman web menjadi titik tolak TGC kembali kepada kaedah ini.
Di dalam perbincangan dengan crew samada yang lama dan baru, portal ini akan kami cuba padatkan dengan info-info yang terkini, temubual ekslusif, review-review sebelum dan selepas perlawanan, analisis dan juga beberapa rencana mengenai pasukan PAHANG. TGC akan cuba untuk lebih rapat dengan pihak pengurusan agar segala info akan dapat di khabarkan ke peminat dengan lebih cepat dan tepat.

Selain pasukan Liga SUPER PAHANG, TGC juga akan membuat cuba liputan kepada pasukan-pasukan lain yang berasal dari PAHANG seperti Pasukan KUANTAN FA yang pada musim 2015 akan bertanding di Liga Perdana, Pasukan SHAHZAN MUDA yang bertanding di LIGA FAM dan juga Pasukan Futsal PAHANG yang bertanding di LIGA FUTSAL FAM-FELDA nanti. Kami akan cuba memberikan yang terbaik buat anda.

Akhir kata, kami mohon para peminat terus memberi sokongan kepada kami. Insya Allah TGC akan menyumbangkan yang terbaik kepada anda. Laporan kami adalah DARI PEMINAT KEPADA PEMINAT!. Enjoy our portal!

admin
"Football is a community based and play a role as a social glue,thus place some encouragement to us in contributing a clear storyline of Pahang's football".

Leave a Reply

Top